BUDAYA

Serak hidup

28 Ogos 2022, 4:40 AM
Serak hidup

Hidup sekarang bagai tekak yang tersangkut kerak

suara serak cuba mengucapkan hidup

tersekat setiap kali berkata-kata

terutama tentang cinta

kami jadi berhati-hati

pelik rasa ini ada lagi setelah tahun berlalu

untuk mengucapkan rindu pun masih serak

perasaan berani jauh sekali

padahal mata kami selalu menggauli kecantikan

sepatutnya sebelum obang kami pulang

terus kami berbual sehingga seri jingga

mengeluarkan kepalanya di celah gunung

sebelum lampu kereta memisahkan kami

sewaktu membelah dingin subuh

kereta ini telah penuh

walau penumpangnya kosong

serak kami seakan pulih

dengan jelas perkataan hidup terucapkan.

Maliqi Musa

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.