ad
PBT

Kedudukan Hulu Selangor strategik, berpotensi membangun

23 Ogos 2022, 2:37 PM
Kedudukan Hulu Selangor strategik, berpotensi membangun

BENTONG, 23 OGOS: Rancangan pembangunan kawasan Genting Highlands Hulu Selangor bakal membawa banyak pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata kawasan tersebut berpotensi maju kerana kedudukannya strategik serta hampir dengan pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

"Genting Highland berkeluasan lebih 5,000 hektar dengan 16 peratus iaitu kira-kira 808 hektar merangkumi kawasan Hulu Selangor. Bagaimanapun pembangunan banyak di Bentong.

"Dari 2020, MPHS hanya terima permohonan pindaan kegunaan dalaman dan cadangan kebun sayur. Dengan adanya draf rancangan ini, kita dapat bangunkan kawasan tanpa memberi kesan kepada alam sekitar,” kata Mohd Hasry Nor Mohd.

Beliau berucap dalam program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Genting Highlands Hulu Selangor yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di sini, hari ini.

Draf berkenaan disediakan MPHS serta PLANMalaysia Selangor itu bertujuan meningkatkan potensi pembangunan tanah sekitar Genting Highlands yang berada dalam kawasan Hulu Selangor.

Dokumen itu juga bakal menjadi garis panduan bagi melaksanakan pembangunan lestari yang tidak akan memberi dampak negatif kepada alam sekitar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.