ad
BERITA UTAMA

60 peratus lewat kesan barah, EXCO saran buat ujian awal

22 Ogos 2022, 2:28 AM
60 peratus lewat kesan barah, EXCO saran buat ujian awal
60 peratus lewat kesan barah, EXCO saran buat ujian awal

SHAH ALAM, 22 OGOS: Kaum lelaki disaran membuat pengesanan awal barah berikutan penyakit itu antara penyumbang tertinggi kematian di negara ini.

EXCO kesihatan awam menganggarkan 60 peratus barah terutama prostat dikesan lewat pada tahap tiga dan empat serta yang ketiga tertinggi dihidapi golongan itu.

"Jadi, saya ingin mengajak anda semua untuk hadir membuat saringan awal secara percuma bawah program Selangor Saring ini dengan mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

"Ujian saringan ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko individu melalui borang saringan awal di aplikasi SELangkah," kata Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan barah payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.