AGENDA

Tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat sehingga 4 petang

21 Ogos 2022, 6:05 AM
Tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat sehingga 4 petang
Tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat sehingga 4 petang

SHAH ALAM, 21 OGOS: Tujuh daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalayasia) menerusi Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Beberapa kawasan di negeri dan daerah lain turut mengalami cuaca yang sama ialah Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Perak dan Kedah.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.