ad
EXCO

EXCO ajak daftar persidangan wanita, manfaat peluang kongsi idea

18 Ogos 2022, 4:40 AM
EXCO ajak daftar persidangan wanita, manfaat peluang kongsi idea
EXCO ajak daftar persidangan wanita, manfaat peluang kongsi idea

SHAH ALAM, 18 OGOS : Persidangan Wanita Selangor (PWS) 2022 diadakan selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Ogos ini di Pusat Konvensyen MBSA di sini.

EXCO Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud mempelawa mereka yang berminat untuk mendaftar secara percuma menerusi pautan https://tinyurl.com/JemputPWS22.

"PWS bertemakan 'Ke Arah Selangor Saksama, Sejahtera dan Inklusif' merupakan platform perbincangan dan perkongsian idea untuk semua.

"Pelbagai topik menarik akan dikupas merangkumi sektor ekonomi, kesihatan, pendidikan, budaya seni dan pelbagai lagi," katanya di Facebook.

PWS 2022 anjuran Wanita Berdaya Selangor itu bakal berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang dengan kerjasama Universiti Selangor dan Open University Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.