ad
SELANGOR

Sultan Sharafuddin berkenan iringi Sultan Perak lawat Pustaka Raja Tun Uda

14 Ogos 2022, 12:33 PM
Sultan Sharafuddin berkenan iringi Sultan Perak lawat Pustaka Raja Tun Uda

SHAH ALAM, 14 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima lawatan DYMM Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke Pustaka Raja Tun Uda di sini hari ini.

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

"Ini adalah merupakan lawatan sulung DYMM Sultan Perak ke Pustaka Raja Tun Uda.

"Sultan Selangor turut berkenan mengiringi Sultan Perak melawat ke ruang bacaan dan interaktif di perpustakaan berkenaan," tulis kenyataan itu.

Dalam lawatan sama, Sultan Sharafuddin turut mengiringi Sultan Nazrin untuk melihat koleksi peribadi buku yang Baginda sumbangkan kepada Pustaka Raja Tun Uda yang kini berjumlah 2,470 naskhah.

Pustaka Raja Tun Uda yang dibuka pada 10 Disember 2011 adalah hasil cetusan idea Sultan Selangor kini menempatkan lebih 360,000 naskhah buku dengan jumlah pengunjung mencecah 7.68 juta orang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.