ad
AGENDA

Keputusan STPM keluar 18 Ogos, boleh semak guna SMS

11 Ogos 2022, 9:06 AM
Keputusan STPM keluar 18 Ogos, boleh semak guna SMS

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula 12 tengah hari pada tarikh itu.

Calon sekolah dan calon persendirian pula boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/Nombor kad pengenalan/AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 18 Ogos sehingga 12 tengah hari pada 28 Ogos.

“Selain itu, semakan boleh dibuat menerusi secara dalam talian untuk dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 12 tengah hari pada 18 Ogos,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.