ad
AGENDA

MB: Bayi lahir tahun ini berpeluang terima manfaat tabungan RM500

5 Ogos 2022, 2:48 AM
MB: Bayi lahir tahun ini berpeluang terima manfaat tabungan RM500
MB: Bayi lahir tahun ini berpeluang terima manfaat tabungan RM500

SHAH ALAM, 5 OGOS: Bayi yang lahir  di Selangor tahun ini bakal menerima tabungan RM100 setahun sehingga kanak-kanak berusia lima tahun menerusi inisiatif Iltizam Anak Selangor.

Dato' Menteri Besar berkata program dengan peruntukan RM3 juta bagi menggantikan Tabung Warisan Anak Selangor menyasarkan seramai 30,000 bayi menerima manfaat.

Beliau berkata setiap peserta bakal menerima akaun skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kelak.

“Kita harap ibu bapa akan menambah jumlah simpanan. Bila sampai RM1,000 anak-anak ini akan mendapat perlindungan takaful dan khairat kematian serta inisiatif tambahan,” katanya menerusi video di Facebook semalam.

Permohonan dibuka sejak 1 Ogos boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang anas.yawas.com.my dengan syarat bayi lahir pada tahun ini di Selangor dan menetap di negeri ini selain merupakan warganegara.

Manakala ibu bapa juga mesti dalam kalangan warga tempatan yang tinggal serta pengundi berdaftar di Selangor serta berumur 18 tahun ke atas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.