AGENDA

Tangani kemiskinan antara enam sektor utama Rancangan Selangor Pertama

27 Jul 2022, 8:19 AM
Tangani kemiskinan antara enam sektor utama Rancangan Selangor Pertama

SHAH ALAM, 27 JULAI: Mengurangkan kadar kemiskinan antara enam sektor tumpuan dalam tema strategik kedua Rancangan Selangor Pertama (RS-1), kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata setiap sektor itu dikenal pasti berdasarkan kajian terperinci terhadap faktor-faktor utama yang memberi dampak kepada kesejahteraan rakyat.

"Sektor pertama menjadi tumpuan ialah penjanaan pendapatan dan kebajikan sosial sementara kedua pula menumpukan kepada kumpulan sasar iaitu belia, warga emas dan orang kelainan upaya.

"Sektor ketiga pula melibatkan golongan wanita, keluarga dan masyarakat, sementara keempat berkenaan perumahan mampu milik seterusnya penjagaan kesihatan dan pendidikan," katanya ketika membentang RS-1 di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

RS-1 adalah agenda Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pembangunan dokumen RS-1 dibuat secara komprehensif dan terangkum, bersifat ‘living document’ yang mampu menangani cabaran baharu.

RS-1 turut menekankan pemacuan kelestarian bagi memulihara alam sekitar selain tadbir urus pintar serta berkesan dengan libat urus bersama pemegang taruh juga orang awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.