AGENDA

Hazama, Ernie Zakri meriahkan Jelajah Selangor Penyayang 24 Julai

22 Jul 2022, 6:00 AM
Hazama, Ernie Zakri meriahkan Jelajah Selangor Penyayang 24 Julai

SHAH ALAM, 21 JULAI: Penyanyi terkenal tanah air Hazama dan Ernie Zakri bakal menghiburkan orang ramai sempena karnival Jelajah Selangor Penyayang di Petaling, Ahad ini.

Acara hiburan itu sebahagian daripada program anjuran negeri yang berlangsung dari 8 pagi hingga 5.30 petang di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, ia turut diserikan dengan senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Program yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Sebelum ini, acara sama berlangsung di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat dan Stadium Utama Kuala Selangor dengan ketiga-tiganya mendapat sambutan menggalakkan.

Jelajah berkenaan bakal berakhir di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.

[video width="600" height="600" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2022/07/WhatsApp-Video-2022-07-20-at-3.19.31-PM.mp4"][/video]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.