ad
BERITA UTAMA

MPKL: Tanam pokok di kawasan awam boleh didenda sehingga RM2,000

19 Jul 2022, 12:23 PM
MPKL: Tanam pokok di kawasan awam boleh didenda sehingga RM2,000

SHAH ALAM, 19 JULAI: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melarang penduduk bercucuk tanam di padang permainan, perumahan, bahu jalan, kawasan lapang dan zon penampan.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tindakan berkenaan boleh menyebabkan kacau ganggu dan rasa kurang senang kepada penduduk setempat.

"Penduduk Kuala Langat diingatkan untuk tidak menanam pokok pisang, pokok kelapa, pokok mangga, ubi, serai, sayur-sayuran dan seumpamanya di kawasan tersebut," tulis di Facebook.

Menurut MPKL, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan notis mengikut Seksyen 104 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.