AGENDA

Jelajah bantuan baharu singgah Petaling Jaya Ahad ini

19 Jul 2022, 1:45 AM
Jelajah bantuan baharu singgah Petaling Jaya Ahad ini

SHAH ALAM, 19 JULAI: Program Jelajah Selangor Penyayang yang memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat bakal diadakan di Petaling pada 24 Julai.

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) berlangsung di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, program turut diserikan dengan persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Sebelum ini, acara sama berlangsung di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat dan Stadium Utama Kuala Selangor dengan ketiga-tiganya mendapat sambutan menggalakkan.

Program berkenaan bakal berakhir di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.