ad
AGENDA

Saringan kesihatan percuma di Petaling hujung minggu depan

16 Jul 2022, 12:33 AM
Saringan kesihatan percuma di Petaling hujung minggu depan

SHAH ALAM, 16 JULAI: Program saringan kesihatan percuma diteruskan di Petaling pada hujung minggu depan.

Pemeriksaan untuk mengesan awal penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta  itu menemui rakyat sempena Jelajah Selangor Penyayang yang berlangsung di daerah tersebut.

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang program yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) berlangsung di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari program turut diserikan dengan persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Bulan lalu, acara sama berlangsung di Taman Kosas, Ampang Jaya dan Dataran Pantai Morib, Kuala Langat dengan kedua-duanya mendapat sambutan menggalakkan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Program berkenaan bakal berakhir di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.