ad
AGENDA

MB rai anak yatim tonton filem Mat Kilau, hulur sumbangan RM1,000

13 Jul 2022, 2:52 PM
MB rai anak yatim tonton filem Mat Kilau, hulur sumbangan RM1,000
MB rai anak yatim tonton filem Mat Kilau, hulur sumbangan RM1,000

SHAH ALAM, 13 JULAI: Seramai 100 anak yatim dirai oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dengan menonton filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan di TGV Central I-City di sini hari ini.

Program diatur Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) turut dihadiri pelakon filem itu sendiri iaitu A Galak, Farid Amirul dan Geoff Andre Feyaerts.

Dalam program sama, Amirudin turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada setiap pertubuhan anak yatim berkenaan.

Pertubuhan terlibat adalah Pertubuhan Kebajikan Mesra AsSalam; Asrama Haluan Penyayang; Pertubuhan Baitul Shakinah As Shariff; Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.

[caption id="attachment_530090" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura sumbangan kepada pertubuhan sebelum tayangan filem Mat Kilau anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) di TGV Central i-City, Shah Alam pada 13 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]