ad
AGENDA

Selangor bina 130,545 unit rumah mampu milik, selesa untuk rakyat

13 Jul 2022, 11:15 AM
Selangor bina 130,545 unit rumah mampu milik, selesa untuk rakyat
Selangor bina 130,545 unit rumah mampu milik, selesa untuk rakyat

SHAH ALAM, 13 JULAI: Sebanyak 130,545 unit rumah mampu milik dibina Kerajaan Selangor bagi  memastikan penduduk negeri ini memiliki kediaman selesa.

Dato' Menteri Besar berkata sebanyak 78,132 rumah menerusi 31 projek dibina bagi Rumah Selangorku Idaman dan 52,413 rumah menerusi 45 projek bagi Rumah Selangorku Harapan.

"Rumah Selangorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan dibina agar rakyat Selangor dapat memiliki kediaman selesa. Mereka juga boleh memanfaatkannya menerusi Skim Smart Sewa Kemudian Beli (2STAY)," katanya di Twitter.

Sebelum ini, Dato' Seri Amirudin Shari berkata lebih 126,000 unit daripada kedua-dua jenis perumahan itu ditawar kepada orang awam.

Manakala bakinya diberi kepada Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan Skim Smart Sewa Kemudian Beli (2STAY).

Sebanyak 24,428 unit Rumah Selangorku berjaya disiapkan dan ditawar kepada penduduk sejak 2018 sehingga 15 November 2021.

Rumah jenis C paling banyak siap iaitu 9,294 unit diikuti jenis D (7,822 unit), jenis B (4,122 unit) manakala jenis A (2,019) dan jenis E (1,171).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.