ad
AGENDA

Sebahagian besar keputusan pemilihan KEADILAN kekal, akui cubaan godam

4 Jul 2022, 9:49 AM
Sebahagian besar keputusan pemilihan KEADILAN kekal, akui cubaan godam

SHAH ALAM, 4 JULAI: Semakan keputusan akhir pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2022 melalui analisis digital menunjukkan kemenangan sebahagian besar calon tidak terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya sudah meneliti laporan audit dari pakar dan menerimanya berdasarkan kepada bukti berasas.

"Dapatan audit mendedahkan terdapat percubaan untuk menggodam keputusan oleh pihak tidak bertanggungjawab, namun perkara tersebut telah dikenal pasti.

"Pakar audit memberi cadangan untuk mengemas kini rekod pengundian. Proses pemutihan telah pun dilaksana berdasarkan keputusan analisis digital tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan akhir Pemilihan Keadilan 2022 dilayari di laman web https:\\pemilihankeadilan2022.com.

Seramai 1,118,423 ahli layak mengundi pada pemilihan parti yang menyaksikan 11,282 calon merebut pelbagai jawatan pada peringkat pusat, cabang dan sayap.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.