ad
BUDAYA

Tennyson, makan & tanah haram

2 Jul 2022, 12:00 AM
Tennyson, makan & tanah haram

anderson kalakini rasa kecik

tapi cakerawala masih ipoh:

kosmoloji basahan bahasa

—anggun dalam penyek

kegampangan jelatanya—

merancukan bunyi rumah;

menjadikan ramuan rindu

sesuatu paling teratur & tetap.

terang soya, taugey, isi ayam yong suan;

gelap lengkong, yang kalsom, waller court;

betapa mudahnya masa membahagikan

haram subuh, rusuh putih kopi menerawang;

biru maghrib, hitam telang garang menerajang.

senja di pengkalan station 18 adalah sejuta senja

dihimpun dalam sehari; serisa saat bersamaan tridekad

yang telahpun membina kiblat, meruntuhkan jarak.

pulang kalakini rasa jauh semakin tapi

ipoh masih sama

malah sekarang lebih bakal

merentas

jagat maya

alamraya

paling nyata.

Jack Malik

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.