ad
AGENSI

Hampir 700 ditawar kerja, jelajah kerjaya berakhir di Sabak Bernam esok

24 Jun 2022, 10:00 AM
Hampir 700 ditawar kerja, jelajah kerjaya berakhir di Sabak Bernam esok

SHAH ALAM, 24 JUN: Hampir 700 pencari kerja diterima bekerja menerusi Jelajah JobCare anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) sejak diadakan mulai 26 Februari lalu.

Ketua Penyelarasnya, S Vijayan berkata jelajah anjuran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu mengatasi sasaran iaitu 500 individu.

"Maklum balas diterima amat menggalakkan dan mereka yang masih mencari kerja dipelawa untuk hadir ke jelajah esok di Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam," katanya kepada SelangorKini.

Tambahnya, program bermula 9 pagi hingga 5 petang itu disertai 13 syarikat pelbagai sektor dari kawasan tersebut bagi memudahkan pencari kerja.

"Hampir 90 peratus daripada syarikat pertama kali menyertai jelajah antaranya Mewah Oils Sdn Bhd, Icon Hygiene Sdn Bhd dan ERL Maintenance Sdn Bhd," katanya.

Jelajah kerjaya ini bermula di Dewan Hamzah, Klang pada 26 Februari lalu dan akan berakhir di Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam esok.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.