AGENDA

Jelajah bantuan baharu platform jumpa rakyat, kongsi manfaat (VIDEO)

23 Jun 2022, 4:00 AM
Jelajah bantuan baharu platform jumpa rakyat, kongsi manfaat (VIDEO)

SHAH ALAM, 23 JUN: Kerajaan Negeri menjadikan Jelajah Selangor Penyayang sebagai landasan untuk bertemu rakyat dan berkongsi inisiatif bagi manfaat mereka.

Berlangsung di Hulu Langat Ahad lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata proram itu akan diteruskan di Kuala Langat pada 25 Jun ini.

"Seiring perkembangan semasa, program-program kebajikan rakyat juga berkembang selari dengan keperluan rakyat dan kemakmuran negeri.

"Jelajah Selangor Penyayang merupakan platform untuk Kerajaan Negeri bertemu dengan masyarakat dan berkongsi segala inisiatif untuk manfaat rakyat," katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Amirudin berkata jelajah tersebut dianjurkan di sembilan daerah dengan setiap daripadanya menyediakan subsektor berbeza untuk manfaat rakyat.

Program yang turut melibatkan anak syarikat negeri mula diadakan di Taman Kosas, Ampang dan seterusnya dijadual berlangsung di Dataran Pantai Morib.

Pada 2 Julai, acara berkenaan akan dijalankan di Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (16 Julai) diikuti Padang Awam Batu Caves Gombak (31 Julai).

Pelbagai acara diatur dalam program bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang antaranya persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, papan selaju dan e-sukan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta, menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.