AGENSI

Selcare tawar pakej ujian PCR, vaksin kepada bakal jemaah haji, umrah

13 Jun 2022, 8:00 AM
Selcare tawar pakej ujian PCR, vaksin kepada bakal jemaah haji, umrah
Selcare tawar pakej ujian PCR, vaksin kepada bakal jemaah haji, umrah

SHAH ALAM, 13 JUN: Klinik Selcare menawarkan pakej ujian polimeras masa nyata (RT-PCR) dan pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji dan umrah.

Selgate Group Of Companies memaklumkan pakej berkenaan ditawarkan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang beribadat nanti.

"Pakej haji/umrah kami termasuk ujian PCR dan vaksinasi untuk influenza dan meningokokus.

"Untuk menempah janji temu dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 24 jam 1800-22-6600," katanya di Facebook.

Berdasarkan infografik harga yang ditawarkan bagi ujian PCR ialah RM99 dengan keputusan diperoleh dalam tempoh 12 jam.

Manakala bagi pakej A vaksinasi influenza dan meningokokus berharga RM220 dan pakej B influenza, meningokokus serta ujian PCR berharga RM310.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.