AGENDA

Kedudukan matahari tepat atas Kaabah esok, peluang semak arah kiblat

27 Mei 2022, 3:25 AM
Kedudukan matahari tepat atas Kaabah esok, peluang semak arah kiblat
Kedudukan matahari tepat atas Kaabah esok, peluang semak arah kiblat

SHAH ALAM, 27 MEI: Umat Islam di negeri ini berpeluang melakukan semakan arah kiblat yang tepat sempena fenomena Istiwa A'dzam esok.

Istiwa’ A’dzam' ialah kedudukan matahari tepat berada di atas Kaabah dan fenomena berkenaan berlaku dua kali setahun.

Jabatan Mufti Selangor memaklumkan fenomena itu berlaku pada 5.18 petang, manakala tempoh semakan bayang bermula jam 5.10 hingga 5.35 petang.

Menurut jabatan itu, orang ramai boleh merujuk waktu sirim melalui pautan mst.sirim.my atau mendail 1051untuk semakan jam.

"Mereka juga boleh menggunakan objek tegak dan lurus kemudian halakan objek ke arah cahaya matahari.

"Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat. Tandakan garis bayang yang terhasil," katanya dalam kenyataan di Facebook.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.