ad
ADN

Hampir 2,000 pengunjung hadir rumah terbuka DUN Kota Anggerik

22 Mei 2022, 6:06 AM
Hampir 2,000 pengunjung hadir rumah terbuka DUN Kota Anggerik
Hampir 2,000 pengunjung hadir rumah terbuka DUN Kota Anggerik

SHAH ALAM, 22 MEI: Majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik meriah dengan kehadiran hampir 2,000 tetamu setakat jam 1 petang.

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sehingga jam 3 petang dihadiri Ahli Dewan Negerinya Najwan Halimi.

Najwan ditemui berkata beliau bersyukur apabila dapat mengadakan majlis selepas dua tahun tidak dapat menganjurkan majlis berikutan pandemik Covid-19.

[caption id="attachment_522299" align="alignright" width="500"] Orang ramai menikmati juadah pada majlis Rumah Terbuka DUN Kota Anggerik di Dewan Konvensyen MBSA pada 22 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kelihatan tetamu yang hadir teruja kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama. Saya memilih dewan ini kerana mahu memberi keselesaan dan keceriaan kepada pengunjung.

“Malah dengan penganjuran majlis ini dapat menjalin semula silaturahim dan menjadi medan pertemuan,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam program tersebut, Najwan bersama isteri turut menyumbang duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Terdahulu, tetamu yang hadir turut disajikan dengan pelbagai juadah antaranya nasi arab, lemang, rendang, roti canai, bihun sup dan kuih muih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.