BERITA UTAMA

MBPJ: 10 peniaga bazar Ramadan terima anugerah patuhi syarat lesen

21 Mei 2022, 1:30 AM
MBPJ: 10 peniaga bazar Ramadan terima anugerah patuhi syarat lesen
MBPJ: 10 peniaga bazar Ramadan terima anugerah patuhi syarat lesen

SHAH ALAM, 21 MEI: Seramai 10 peniaga berjaya menerima Anugerah Bazar Ramadan Mampan 2022 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandar Mohamad Azhan Mohd Amir berkata pengiktirafan diberi selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membuat penilaian peniaga terbabit dalam mematuhi syarat lesen berniaga.

"Mereka yang terpilih adalah daripada kira-kira 800 peniaga di 20 lokasi bazar Ramadan tahun ini. Tahniah saya ucapkan semoga ia menjadi contoh juga kepada peniaga lain.

[caption id="attachment_522147" align="alignleft" width="379"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dalam majlis sambutan Aidilfitri PJ@Raya di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dataran Boulevard, Petaling Jaya pada 20 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Anugerah ini merupakan tahun kelima kita anjurkan dengan penilaian dibuat berdasarkan pematuhan syarat lesen MBPJ seperti kebersihan, kualiti, penggajian pekerja dan mempraktikkan elemen teknologi baharu," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri, Raya@PJ di Laman MBPJ di sini semalam.

Pemenang terbabit menerima wang tunai RM500, sijil penghargaan dan turut mendapat keistimewaan untuk memilih petak bazar Ramadan pada tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.