ad
ADN

ADN Taman Medan cadang perkenal insurans bencana, elak mangsa tanggung rugi

17 Mei 2022, 6:00 AM
ADN Taman Medan cadang perkenal insurans bencana, elak mangsa tanggung rugi

SHAH ALAM, 17 MEI: Wakil rakyat Taman Medan bercadang memperkenalkan skim perlindungan takaful kepada penduduk sebagai persediaan menghadapi sebarang bencana.

Syamsul Firdaus Mohamed Supri berkata skim insurans itu akan dikendalikan organisasi berkaitan dengan tawaran kadar premium lebih rendah namun memberi pulangan tinggi.

"Sebanyak dua kali insiden banjir berlaku dalam kawasan Taman Medan iaitu pada 18 Disember dan 7 Mac lalu sehingga menjejaskan lebih 3,000 keluarga. Begitu juga beberapa kejadian kebakaran yang menyebabkan penduduk terpaksa menanggung banyak kerugian.

"Mengambil kira faktor itu, kita berasakan perlu untuk laksana skim insurans takaful. Perkara itu akan dikemukakan kepada pihak berkaitan dan insya-Allah mendapat kerjasama penduduk," katanya kepada Selangorkini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga akan melaksanakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khusus untuk peniaga kecil secara sukarela.

"Usaha ini bertujuan meningkatkan taraf kehidupan golongan berkenaan selaras dengan hasrat untuk menambah baik kualiti perkhidmatan demi kepentingan rakyat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.