BERITA UTAMA

Rumah terbuka Aidilfitri Gombak meriah, 10,000 pengunjung hadir

16 Mei 2022, 2:05 PM
Rumah terbuka Aidilfitri Gombak meriah, 10,000 pengunjung hadir
Rumah terbuka Aidilfitri Gombak meriah, 10,000 pengunjung hadir

GOMBAK, 16 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri Selangor di Gombak berlangsung meriah dengan kehadiran mencecah 10,000 pengunjung.

Majlis yang bermula jam 8 malam di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Pegawai Daerah Gombak Norazlina Abdul Aziz dan Speaker Dewan Negeri Ng Suee Lim.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Mohd Yazid Sairi.

[caption id="attachment_521399" align="alignnone" width="817"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama kanak-kanak yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati pada 16 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Pada majlis itu, Amirudin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Pengunjung dihidangkan dengan pelbagai juadah antaranya kambing golek, ayam golek, ketupat, lemang, laksa, nasi beriani, satay dan buah-buahan tempatan.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.