ad
ADN

ADN Sungai Ramal bantu persatuan agama, tampung kos anjur aktiviti

16 Mei 2022, 3:47 AM
ADN Sungai Ramal bantu persatuan agama, tampung kos anjur aktiviti

SHAH ALAM, 16 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal memberi sumbangan kepada Persatuan Penganut Maha Siti Vinayagar Bangi untuk menjalankan aktiviti kebajikan sepanjang tahun ini.

Mazwan Johar berkata pihaknya membantu persatuan itu selepas menerima permohonan daripada setiausahanya M Vellisamy untuk menggerakkan program melibatkan penganut Hindu.

"Sejak Januari 2022 hingga ke hari ini, anggaran seramai 500 orang telah menerima sumbangan sekitar kawasan Bangi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal melalui beberapa program yang mereka jayakan.

"Bagi menampung beberapa kos perbelanjaan aktiviti kebajikan yang mereka jalankan pada tahun ini, kami meluluskan dan menyerahkan sumbangan cek sejumlah RM 2,000 kepada pihak persatuan," katanya di Facebook, semalam.

Mazwan berharap sumbangan itu dapat digunakan sebaik mungkin dan merancakkan lagi aktiviti kebajikan untuk meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.