AGENDA

Selangor catat 9,357 kes demam denggi - pengarah kesihatan

13 Mei 2022, 2:30 AM
Selangor catat 9,357 kes demam denggi - pengarah kesihatan

SHAH ALAM, 13 MEI: Sebanyak 9,357 kes demam denggi di Selangor dilaporkan sehingga kini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Dr Sha’ari berkata daripada jumlah itu, berlaku peningkatan kes sebanyak 70 peratus melibatkan 3,854 kes berbanding minggu epid (ME) sama tahun lepas.

“Satu kematian denggi didaftarkan sehingga kini (untuk tahun ini), tidak berubah berbanding minggu sama tahun sebelumnya (2021),” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Beliau berkata pada minggu epid ke-18 (ME 18) iaitu tempoh 1 hingga 7 Mei lepas, sejumlah 470 kes denggi dilaporkan di Selangor, menurun 28.4 peratus berbanding 656 kes minggu sebelumnya.

Sehubungan itu, Dr Sha’ari berkata pihaknya menyarankan komuniti di kawasan kediaman melaksanakan aktiviti pembersihan kendiri tempat pembiakan nyamuk aedes secara berkala dengan meluangkan masa hanya 10 minit seminggu.

“Sebarang maklumat tambahan berkaitan kawalan dan pencegahan denggi boleh diperoleh menerusi https://www.infosihat.gov.my/index.php/demam-denggi,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.