ad
PBT

Pejabat bergerak MBSA di Plaza Masalam Sabtu ini

12 Mei 2022, 2:03 AM
Pejabat bergerak MBSA di Plaza Masalam Sabtu ini

SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ di pekarangan tempat letak kereta Plaza Masalam Seksyen 9 di sini, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata ia akan beroperasi dari 11 pagi hingga 5 petang untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Pejabat bergerak ini menyediakan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran serta kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja di samping jualan buku pelan setara.

"Melaluinya, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.