AGENDA

EXCO: Seramai 200 bekas atlet negeri terima bantuan Aidilfitri

27 Apr 2022, 6:36 AM
EXCO: Seramai 200 bekas atlet negeri terima bantuan Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Seramai 200 bekas atlet yang pernah mencipta nama dalam sukan serta menyumbang kejayaan kepada Selangor menerima bantuan wang tunai RM200 sempena Aidilfitri.

EXCO Generasi Muda dan Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata insiatif tersebut antara pendekatan untuk menghargai jasa atlet yang banyak membantu ke arah kemajuan sukan negeri serta negara.

"Kita peruntuk RM250,000 untuk tahun ini iaitu RM50,000 bantuan raya manakala RM200,000 pula dalam bentuk program Atlet Ceria seperti membaiki rumah dan kemudahan elektrik.

"Ini tahun ketiga kita adakan program sumbangan dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu mengurangkan beban mereka agar turut bersama-sama merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Hargai Jasa Atlet di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb)di Bukit Kiara di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengarah Eksekutifnya Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi dan Pengerusi Yakeb Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.