BUDAYA

Kunyit

25 Apr 2022, 11:59 PM
Kunyit

seingatku

kau kunyit dan garam:

darahmu serba kuning

rohmu hablur yang asin.

kaulumur di dada kembung, tenggiri,

ayam dan kerisi

(kau bukan lalla, tapi nafas dan jiwamu

ialah dua bawang. ditumis tidak cukup

namun ia mencukupkan)

itu inai jemarimu:

senja. di atas merah-biru api ia menari.

aku tak perlukan safron yang mewah

warnanya sudah cemerlang. pun kita selesa

bersahabat dengan lengkuas dan halia

mekar di dasar. tidak penting hidup berkelopak

di dalam pinggan

hidangan terlihat begitu siang

(serasa tidak mahu aku menyalin minyak

di kuali. mengapa perlu? hidup dan usia

kan tidak makin membening?)

 

Rasydan Fitri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.