ad
BERITA UTAMA

Selangor laksana program bantu ringan beban ekonomi penduduk pangsapuri

25 Apr 2022, 3:30 PM
Selangor laksana program bantu ringan beban ekonomi penduduk pangsapuri
Selangor laksana program bantu ringan beban ekonomi penduduk pangsapuri

SHAH ALAM, 25 APRIL: Sebanyak empat pangsapuri menjadi projek rintis menjayakan program Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar Selangor (Mekar) yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah.

Pangsapuri terlibat ialah Pangsapuri Kos Rendah Taman Dato’ Hormat, Sijangkang; Pangsapuri Kos Rendah Taman Raja Uda, Pandamaran; Pangsapuri Rimau Indah, Kota Kemuning serta Perbadanan Pengurusan Anggerik 26, Batu 3.

EXCO perumahan berkata menerusi program itu, sebuah kios atau pasar mini dibina dan menjual pelbagai keperluan pada harga murah sekali gus meringankan beban ekonomi penduduk.

“Dalam masa sama penduduk boleh menjual barangan mereka di situ. Mereka akan dibimbing supaya produk terus berkembang.

[caption id="attachment_518550" align="alignleft" width="380"] Exco Perumahan Rodziah Ismail berucap ketika Tautan Mesra Ramadan dan Perasmian Program Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar Negeri Selangor (Mekar) di Pangsapuri Rimau Indah, Shah Alam pada 25 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Inisiatif julung kali diperkenal ini bagi membantu komuniti psangsapuri. Bukan sekadar membangunkan ekonomi malah mengeratkan hubungan penduduk,” kata Rodziah Ismail ketika merasmikan Mekar di Pangsapuri Rimau Indah di sini hari ini.

Beliau berkata program dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor serta Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad itu bakal diperluaskan kepada empat lagi pangsapuri lain.

“Kita sudah luluskan dan melibatkan kawasan Sepang, Semenyih, Hulu Klang dan Taman Medan. Ini langkah membantu penduduk dalam berbelanja,” katanya.

Dalam program berkenaan Rodziah turut mengagihkan 50 bakul makanan kepada penduduk memerlukan selain berbuka puasa bersama komuniti.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.