ad
BERITA UTAMA

MPS ajak pencinta kucing jadi 'keluarga angkat'

17 Apr 2022, 1:22 AM
MPS ajak pencinta kucing jadi 'keluarga angkat'

SHAH ALAM, 17 APRIL: Pencinta kucing dijemput menjadi 'keluarga angkat' menerusi Program Kucing Angkat anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan haiwan tersebut di ibu pejabatnya Jumaat depan (22 April) mulai jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang.

"Orang ramai yang berminat boleh membawa sangkar pembawa kucing sendiri dan bayaran RM30 untuk seekor kucing akan dikenakan.

"Jumlah kucing adalah terhad kepada 50 ekor kucing sahaja," tulisnya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.