ad
AGENSI

400 bekas bubur lambuk diagih kepada anak yatim, pusat dialisis

16 Apr 2022, 5:10 AM
400 bekas bubur lambuk diagih kepada anak yatim, pusat dialisis

SHAH ALAM, 16 APRIL: Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) mengagihkan 400 bekas bubur lambuk kepada anak yatim dan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam.

Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerusi Facebook memaklumkan sumbangan itu adalah hasil kerjasama berterusan dengan Worldwide Holdings.

"Rezeki anak yatim terima juadah iftar bubur lambuk.

"Sinergi kerjasama Yide dan Worldwide Holdings Bhd terjalin sekian lama dan Alhamdulillah pada tahun ini kerjasama diteruskan," tulisnya.

Serahan bubur lambuk dibuat Ketua Pegawai Operasi Hartanah dan Alam Sekitar Worldwide Holdings Rosli Ismail. Turut hadir Pengurus Besarnya Raja Farah Diba Raja Abdul Rashid.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.