ad
AGENSI

Lebih 5,000 anak yatim terima sumbangan raya Yide

11 Apr 2022, 3:46 PM
Lebih 5,000 anak yatim terima sumbangan raya Yide

SHAH ALAM, 11 APRIL: Lebih 5,000 anak yatim di Selangor selesai menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM150 seorang daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata agihan sumbangan kepada 8,100 anak yatim dibuat secara berperingkat dan dijangka selesai pertengahan Ramadan.

"Kita cuba selesaikan agihan secepat mungkin bagi memberi peluang kepada anak-anak ini membuat persiapan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi.

"Semoga mereka yang sudah menerima sumbangan ini dapat memanfaatkan sebaiknya di samping dapat menyambut Aidilfitri dengan meriah," katanya ketika dihubungi.

Yide sebelum ini mengumumkan agihan sumbangan RM1.21 juta kepada anak yatim melibatkan 1,533 orang di Klang, Hulu Langat (1,410), Petaling (1,322) dan Gombak (1,187).

Manakala di Kuala Selangor pula seramai 787 orang, Kuala Langat (564), Hulu Selangor (486), Sabak Bernam (409) dan Sepang (402).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.