ad
AGENDA

Penyokong cilik Selangor FC boleh ke stadium, ditemani penjaga lengkap vaksin

9 Apr 2022, 8:36 AM
Penyokong cilik Selangor FC boleh ke stadium, ditemani penjaga lengkap vaksin

SHAH ALAM, 9 APRIL: Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia antara Selangor FC menentang Kedah FC, malam esok.

Golongan itu bagaimanapun perlu ditemani ibu bapa atau penjaga yang lengkap menerima vaksin untuk menyaksikan perlawanan yang berlangsung jam 10 malam di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Anda bercadang untuk ke stadium esok? Berita baik untuk anda semua kerana kini kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah dibenarkan untuk masuk ke stadium serta aktiviti makan juga telahpun dibenarkan," menurut Selangor FC di Facebook.

Pasukan Gergasi Merah itu memaklumkan tiket untuk perlawanan malam esok boleh diperoleh menerusi pautan https://bit.ly/LS4SFCvKDA

Sebelum ini, Selangor FC mengariskan beberapa panduan kepada penyokong yang ingin kembali menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

Kriteria penyokong yang dibenarkan hanya kepada individu berusia 18 tahun keatas yang lengkap vaksin dan tidak bergejala, namun mereka yang berusia 60 tahun ke atas tidak digalakkan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.