AGENDA

Kes Covid-19 lepasi empat juta, 17,828 jangkitan baharu

22 Mac 2022, 3:26 AM
Kes Covid-19 lepasi empat juta, 17,828 jangkitan baharu

SHAH ALAM, 22 MAC: Angka jangkitan Covid-19 di seluruh negara melepasi empat juta sejak pandemik dengan 17,828 kes lagi direkodkan semalam.

Perkembangan itu menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus 4,010,952 kes.

Ketua pengarah kesihatan memaklumkan 17,672 kes atau 99.12 peratus dalam kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (bergejala ringan).

"Daripada kes yang dilaporkan, 156 kes (0.88 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Berikut perincian daripada jumlah kes yang dilaporkan:

  • Kategori 1: 9,121 kes (51.16 peratus)
  • Kategori 2: 8,551 kes (47.96 peratus)
  • Kategori 3: 55 kes (0.31 peratus)
  • Kategori 4: 48 kes (0.27 (peratus)
  • Kategori 5: 53 kes (0.30 (peratus).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.