ad
BERITA UTAMA

MBSA lulus permohonan 1,279 peniaga bazar Ramadan tahun ini

22 Mac 2022, 12:35 AM
MBSA lulus permohonan 1,279 peniaga bazar Ramadan tahun ini

SHAH ALAM, 22 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan 1,279 permit kepada peniaga bazar Ramadan di bandar raya itu tahun ini.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya memaklumkan sebanyak 31 lokasi tapak disediakan dan antara kawasan tersebut adalah di Seksyen 6, 7, 8, 16, 17, 18, 19, 20, 24, 25, 27, 28, 31, 33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20.

"MBSA memberi penekanan terhadap pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) bagi pencegahan Covid-19 kepada penjaja selain kepentingan menjaga kebersihan sewaktu berniaga.

"Selain itu pemohon juga perlu mematuhi syarat kesihatan antaranya memakai apron, topi dan kasut semasa menjalankan perniagaan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, penjaja juga hanya dibenarkan berniaga di lokasi diluluskan dan tindakan kompaun akan dikenakan jika meninggalkan tapak dalam keadaan kotor dan tidak dikemaskan.

Penyerahan permit kepada peniaga disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan dalam majlis perasmian Taklimat Bazar Ramadan dan Penyerahan Permit Bazar Ramadan MBSA 2022 di sini semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.