AGENDA

Jangkitan Covid-19 rekod jumlah tertinggi 27,831 kes hari ini

16 Feb 2022, 10:52 AM
Jangkitan Covid-19 rekod jumlah tertinggi 27,831 kes hari ini

SHAH ALAM, 16 FEB: Virus Covid-19 terus merebak pantas dengan merekodkan lonjakan ketara sehingga 27,831 kes hari ini, jumlah tertinggi sejak pandemik.

Sebanyak 22,133 kes direkodkan semalam selepas berada pada paras 21,000 selama dua hari berturut-turut, namun jumlah pesakit serius masih rendah.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 27,734 kes atau 99.65 peratus dalam kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (bergejala ringan).

"Daripada jumlah yang direkodkan hari ini, 97 kes (0.35 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.

Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

  • Kategori 1: 7,606 kes (27.33 peratus)
  • Kategori 2: 20,128 kes (72.32 peratus)
  • Kategori 3: 59 kes (0.21 peratus)
  • Kategori 4: 28 kes (0.10 peratus)
  • Kategori 5: 10 kes (0.04 peratus)

Jumlah terkumpul di negara ini ialah sebanyak 3,111,514 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.