AGENSI

LZS peruntuk hampir RM400,000 baik pulih 11 sekolah rendah agama

20 Jan 2022, 2:09 AM
LZS peruntuk hampir RM400,000 baik pulih 11 sekolah rendah agama

SHAH ALAM, 20 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meluluskan peruntukan berjumlah RM397,825 untuk baik pulih 11 sekolah rendah agama di daerah Kuala Selangor.

Agensi itu memaklumkan setiap sekolah menerima antara RM19,000 hingga RM50,000 menerusi peruntukan diluluskan pada Disember tahun lalu.

"Kelulusan ini dalam bentuk surat jaminan (GL) dan membolehkan pihak sekolah menambah baik prasarana bagi meningkatkan keselesaan pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran.

"Alhamdulillah. Terima kasih pengeluar zakat," katanya menerusi Facebook semalam.

Terdahulu, simbolik serahan cek cura disempurnakan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.