AGENDA

Dos penggalak: Empat pusat pemberian vaksin beroperasi di Lembah Klang

6 Jan 2022, 9:33 AM
Dos penggalak: Empat pusat pemberian vaksin beroperasi di Lembah Klang

SHAH ALAM, 6 JAN: Sebanyak empat pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka bermula 15 Januari bagi meningkatkan kadar vaksin dos penggalak, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata PPV tersebut beroperasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Axiata Arena Bukit Jalil, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan Soka Gakkai Klang.

"Ini akan meningkatkan pemberian dos penggalak di Lembah Klang dan jika ada keperluan serupa di bandar-bandar besar lain, kita akan perluaskan.

"Pemberian dos penggalak dilakukan melalui janji temu yang diberikan menerusi aplikasi MySejahtera atau khidmat pesanan ringkas," katanya pada sidang media  hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.