AGENSI

Pascabanjir: Pusat kemahiran tawar khidmat periksa kenderaan percuma, ringan beban mangsa

3 Jan 2022, 1:00 AM
Pascabanjir: Pusat kemahiran tawar khidmat periksa kenderaan percuma, ringan beban mangsa

SHAH ALAM, 3 JAN: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) menawarkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada mangsa banjir, kata ketua eksekutifnya.

Mohd Asyraf Amin memaklumkan inisiatif kelolaan Ketua Program Automotif Faizal Azmi bertujuan membantu pemilik kereta dan motosikal mendapat gambaran jelas tahap kerosakan kenderaan.

"Pemeriksaan meliputi tiga skop utama iaitu ruang enjin, ruang penumpang dan chassis membabitkan kondisi kenderaan, minyak pelincir, kotak gear, cecair, brek, steering serta unit kawalan elektronik (ECU).

"Bantuan asas servis juga diberikan tetapi barang perlu disediakan oleh pemilik kenderaan," katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata sebagai satu-satunya institusi pendidikan kemahiran bawah Kerajaan Selangor yang menumpukan bidang teknikal (TVET), pihaknya sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tenaga dan kepakaran bagi meringankan beban mangsa.

"Kita juga mengalu-alukan pelajar untuk mendalami ilmu kemahiran ini seiring kemajuan bidang TVET," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.