ad
AGENDA

MBSJ FC menang besar, kekal rekod tanpa kalah

14 Dis 2021, 3:02 AM
MBSJ FC menang besar, kekal rekod tanpa kalah

SHAH ALAM, 14 DIS: MBSJ FC mengekalkan rekod kemenangan serta tanpa bolos apabila mudah menewaskan Rhym Rovers 15-0 dalam perlawanan kumpulan B.

Jaringan dilakukan seawal minit kedua menerusi Naziratul Amira diikuti Lee Xin Yi Andrea minit kelima. Farahiyah meneruskan rentak cemerlang MBSJ FC apabila menjaringkan hatrik pada minit kelapan, sembilan dan 10.

Gol MBSJ FC turut disumbang jaringan sendiri pihak lawan pada minit ke 25, Steffi Sarge (minit ke 28,52), Nur Afrina (minit ke 41), Farah Aina (minit ke 42), Nor Hanisa (minit ke 54), Nir Aina Suliana (minit ke 56) dan Abiinayaa (minit ke 60).

Dalam satu lagi aksi kumpulan sama Negeri Sembilan Women's meraih kemenangan kedua menewaskan Leapord FC 3-0. Gol dijaringkan Malini pada minit kelima dan 68 serta minit ke 12 oleh Nabila.

Aksi kumpulan A pula menyaksikan FC Swat kekal kedudukan pendahulu menewaskan Radia Ladies 7-0.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.