AGENDA

M Nasir positif Covid-19, kuarantin di rumah

13 Dis 2021, 8:16 AM
M Nasir positif Covid-19, kuarantin di rumah

SHAH ALAM, 13 DIS: Penyanyi dan komposer, Datuk M Nasir kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan positif Covid-19.

Berita berkenaan disahkan Datin Marlia Musa yang mengatakan suaminya dikesan dijangkiti virus berkenaan selepas menjalani ujian kendiri sebanyak dua kali, lapor portal BH Online.

Berikutan itu, Marlia berkata mereka sekeluarga terus melakukan ujian pantas polimeras masa nyata (RT-PCR) namun dirinya, anak dan pembantu rumah bebas Covid-19.

"Setakat ini beliau tidak apa-apa gejala dan hanya jalani kuarantin kendiri. Suami sepatutnya hadir program di Pesta Buku Selangor semalam," katanya.

Tambah Marlia, beliau tidak tahu punca jangkitan berkenaan dan meminta orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.