ad
SELANGOR

Sultan Selangor berkenan hadir Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan ke-76

13 Dis 2021, 7:00 AM
Sultan Selangor berkenan hadir Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan ke-76
Sultan Selangor berkenan hadir Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan ke-76

SHAH ALAM, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan hadir ke Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan Baginda ke-76 pada 10 Disember lalu.

Berdasarkan perkongsian Selangor Royal Office di Facebook, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan barisan EXCO Kerajaan Negeri turut hadir majlis berkenaan.

[caption id="attachment_499626" align="aligncenter" width="628"] DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mengiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan ke-76. Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.