BERITA UTAMA

MBSJ buka dua kaunter baharui lesen pasar awam, medan selera

5 Dis 2021, 3:25 AM
MBSJ buka dua kaunter baharui lesen pasar awam, medan selera

SHAH ALAM, 5 DIS: Peniaga warga Subang Jaya boleh memperbaharui lesen perniagaan bagi pasar awam, pagi dan malam serta medan selera secara terus di kaunter bergerak sehingga 24 Disember ini.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata pembukaan dua kaunter terbabit yang bermula 29 November lalu bagi pembayaran lesen 2022 mengikut zon masing-masing.

"Kaunter bayaran dibuka bermula 29 November sehingga 13 Disember bertempat di Dewan Serbaguna MBSJ USJ 7, Subang Jaya.

"Manakala pembukaan kaunter di Stadium MBSJ Serdang Jaya, Seri Kembangan akan bermula pada 16 sehingga 24 Disember ini," menurutnya di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.