ad
ADN

700 penduduk Kinrara terima baucar Jom Shopping Deepavali

4 Nov 2021, 3:15 PM
700 penduduk Kinrara terima baucar Jom Shopping Deepavali

PUCHONG, 4 NOV: Seramai 700 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menerima baucar beli belah Jom Shopping Deepavali.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata baucar itu sudah diagihkan untuk mereka membeli keperluan bagi menyambut perayaan itu.

"Bantuan diberikan bukan sahaja mengikut musim perayaan tetapi sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Malah sewaktu PKP juga banyak bantuan diberikan kepada mereka terkesan.

"Namun untuk sambutan Deepavali, sebanyak 700 penerima mendapat baucar Jom Shopping tetapi ia juga tidak cukup kerana penduduk di Kinrara padat," katanya.

Beliau ditemui selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Puchong Indah hari ini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40) sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan bantuan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor mengikut perayaan masing-masing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.