AGENDA

Haris dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri baharu

1 Nov 2021, 5:34 AM
Haris dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri baharu

SHAH ALAM, 1 NOV: Dato' Haris Kasim dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu berkuat kuasa hari ini.

Haris yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri dilantik bagi menggantikan Dato’ Nor Azmie Diron.

Sementara itu,  ketika ditemui hari ini Haris menganggap pelantikannya itu sebagai satu amanah dengan tumpuan untuk memulihkan negeri daripada pandemik Covid-19.

“Saya menganggap pelantikan ini amanah dan banyak perlu dilakukan kerana Selangor bukan negeri kecil.

"Saya akan bekerjasama dengan semua pegawai supaya hasrat dan wawasan digariskan dapat diteruskan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.