BERITA UTAMA

Laksana program latihan anak istimewa, tingkat akses kepada pendidikan

27 Okt 2021, 1:00 PM
Laksana program latihan anak istimewa, tingkat akses kepada pendidikan

SHAH ALAM, 27 OKT: Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya dan Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan Malaysia bagi melaksanakan program 'Training of Trainers' (ToT) Anak Istimewa Selangor (AnIS).

Kolaborasi itu bagi merangka program kapasiti yang relevan dengan keperluan semasa melalui perkongsian kepakaran bersama pihak berkaitan, kata EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud menjelaskan usaha itu selaras hasrat Kerajaan Negeri meningkatkan akses orang kelainan upaya (OKU) kepada pendidikan sekali gus membangunkan ekosistem pendidikan inklusif.

"Program melibatkan peserta dalam kalangan mahasiswa dan graduan pendidikan selain bidang pendidikan khas, pendidik di institusi pendidikan awal seperti Tadika dan Taska serta sukarelawan anak istimewa.

"Peserta bakal didedahkan dengan strategi berkesan pengajaran dan pembelajaran yang berkait dengan murid berkeperluan khas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, peserta juga akan mempelajari ciri murid berkeperluan khas, mengenalpasti, intervensi awal, pentaksiran pendidikan khas, peranan pemimpin sekolah, peluang pekerjaan serta peranan ibu bapa dan komuniti.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.