ad
AGENDA

Selangor diramal alami hujan, ribut petir sehingga 29 Okt

23 Okt 2021, 7:42 AM
Selangor diramal alami hujan, ribut petir sehingga 29 Okt

SHAH ALAM, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negeri ini akan mengalami cuaca hujan dan ribut petir mulai hari ini hingga 29 Oktober.

Ketua Pengarah Muhammad Helmi Abdullah berkata negeri lain turut mengalami cuaca sama ialah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, negeri lain dijangka tiada hujan atau mengalami cuaca mendung.

"Keadaan cuaca di Semenanjung masih lembap pada sebelah petang hingga lewat malam, dan dijangka mula berkurangan pada 25 Oktober ini, terutama di Pantai Barat (cuaca bertumpu di pedalaman Semenanjung).

"Keadaan cuaca di Sabah dan Sarawak kekal lembap dalam tempoh ramalan. Hujan juga diramal berlaku di berapa tempat di Labuan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.