AGENDA

94.2 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19

21 Okt 2021, 1:26 AM
94.2 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Seramai 22,047,448 individu atau 94.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal CovidNow, sebanyak 97.3 peratus atau 22,775,864 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 256,497 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,437,608 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,218,000 atau 38.7 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 79.7 peratus atau 2,509,535 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.